Friday, September 24, 2010

Perompak dan pencuri

Banyak yang telah diperkatakan mengenai sikap generasi kini yang yang tidak mengerti erti kemerdekaan. Secara peribadi saya juga berpendapat sedemikian. Saya bukanlah seorang saksi mahupun mangsa bagi perkara ini tetapi saya juga merupakan salah seorang "pesalah-pesalah" yang dimaksudkan. Keseriusan "kesalahan" saya adalah sehingga ke tahap di mana sambutan Kemerdekaan bagi saya hanyalah cuti rehat yang diberikan oleh pihak kerajaan. Pemimpin-pemimpin negara juga sering berharap sambutan Kemerdekaan pada setiap tahun dapat membawa kesedaran dan penghargaan kepada rakyatnya. Tahun 2010 sememangnya ada membawa perbezaan baru terhadap pandangan saya terhadap sambutan Kemerdakaan. Perbezaannya, saya sekarang mempunyai dua cuti rehat bagi sambutan Kemerdekaan. Saya sudah menyedari bahawa cuti sehari sememangnya tidak mecukupi dan mengahargai inisiatif kerajaan mewujudkan satu hari lagi cuti rehat dalam kalendar tahunan. Tahniah kepada pemimpin-pemimpin negara kita yang akhirnya berjaya mempupuk erti baru bagi sambutan Kemerdekaan tahun 2010.

Sering saya bertanyakan kepada sendiri mengapa saya tidak menghargai akan kemerdekaan dan kebebasan yang dapat dinikmati di dalam tanah air ini?

Tetapi....
adakah kita merdeka sekarang?

Kalau penjajah dulu bertindak mengeksploitasi negara ini demi kepentingan sendiri. Sekarang kita dapat lihat bagaimana kerajaan buatan kita sendiri yang terjebak dalam gejala rasuah mahupun tindakan-tindakan yang membelakangi nilai-nilai keagamaan, moral dan etika.

Memang adanya perbezaan antara penjajah dulu-dulu dan kerajaan negara kita pada hari ini. Perbezaannya adalah seumpama beza antara perompak dan pencuri. Dua sama hina cuma berbeza dari konteks kerja hina yang dilakukannya. "Perompak" dulu sememangnya secara terus terang merampas kekayaan orang demi kepentingan sendiri. "Pencuri" sekarang melakukan kerja-kerja kotor membelakangi orang demi kepentingan sendiri.

Jadi, adakah kita rakyat sendiri yang tidak tahu menghargai kemerdekaan, ataupun kerajaan sediri yang gagal mewujudkan suasana kemerdekaan di negara kita?

Independence does not mean to govern our own country, but to govern the country wholeheartedly and righteously. -Ray 2010-

0 comments: