Pernahkah anda mendengar berita yang menyatakan kalau seseorang meletakkan kenderaannya di ruang tempat kereta orang lain dan dibuang negara? Ataupun anda ke pejabat bekerja, anda meletakkan kenderaan anda di tempat orang lain dan akhirnya anda dibuang kerja. Tapi hakikatnya pada pagi ini saya disampaikan khabar tentang satu kejadian yang mempunya similasi dengan situasi yang saya nyatakan di atas.
Pada Sabtu malam, kawan saya meletakkan van gereja di salah satu tempat meletak kenderaan di kolej kediamannya. Keesokan harinya, kawan saya mendapati sebuah kereta kepunyaan salah seorang FELO kolej kediamannya telah diletakkan di belakang van gereja dan menghalang van tersebut daripada bergerak keluar. Sedikit latar belakang kejadian. FELO merupakan "Pekerja" atau pensyarah universiti yang tinggal di dalam kolej kediaman pelajar. Kononnya mereka merupakan orang-orang yang ditugaskan oleh pihak universiti untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar d kolej kediaman. Setiap seorang FELO mempunyai tempat meletak kenderaan masing-masing, jadi isu kekurangan ruang meletak kenderaan tidak pernah terjadi kepada mereka. Mengikut keterangan kawan saya, van gereja itu diletakkan di ruang yang disediakan untuk pihak pengetua kolej kediaman. Dia berbuat demikian kerana tiada tempat meletak kenderaan lagi yang kosong dan sudah agak lewat pada malam tersebut. FELO yang meletakkan keretanya menghalang van gereja pula dikenali Cik M (bukan pengetua). Cik M merupakan seorang "pekerja" univsersiti yang bertugas sebagai kaunselor di bahagian Hal ehwal Pelajar.
Van gereja itu mempunyai pelekat kenderaan pelajar universiti. Ini bermakna van ini telah mendapat kebenaran daripada pihak unit Keselamatan dan Kenderaan universiti. Ruang yang digunakan van itu pula merupakan ruang untuk pengetua kolej kediaman dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara ini kerana beliau jarang meletakkan kenderaannya di kolej kediaman. Pada malam Sabtu tersebut, selepas kawan saya selesai menghantar pulang rakan-rakan gerejanya, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan dia merupakan seorang gadis.
Pada keesokan harinya iaitu Ahad pagi, dia perlu menggunakan van tersebut untuk membawa pelajar-pelajar universiti ke gereja. Semasa dia mendapati van tersebut dihalang kenderaan Cik M, dia dengan segera pergi mencari Cik M untuk meminta maaf kepadanya dan meminta agar kenderaannya digerakkan supaya van gereja dapat keluar. Mula-mula, Cik M enggan keluar. Selapas menunggu hampir setengah jam, Cik M akhirnya keluar berdepan dengan kawan saya. Dia mula dengan mempersoal kawan saya dengan beberapa soalan. Sepanjang sesi soal jawab dan teguran tersebut, kawan saya hanya dapat melayannya dengan senyuman dan ucapan minta maaf. Berikut adalah petikan beberapa soalan yang saya anggap agak lucu:-
Soalan Cik M: Tahukah kamu, pelajar-pelajar universiti tidak boleh memiliki kenderaan dan meletakkan kenderaannya di kolej kediaman?
Pendapat saya: Kalau tidak boleh mengapa semua tempat meletak kenderaan boleh penuh? Kalau tidak boleh, mengapa pihak Unit Keselamatan dan Kenderaan boleh meluluskan pemohonan pelekat kenderaan? Soalan telah ini menujukkan di manakah tahap pemikiran seseorang yang bergelar kaunselor di peringkat universiti. Ini juga menujukkan kelemahan dalam penyelarasan tahap pengurusan di dalam universiti.
Soalan Cik M: Kalau dah mampu memiliki kenderaan mengapa masih bergantung pada tempat tinggal di kolej kediaman?
Pendapat saya: Ya tak ia juga, kalau dah mampu mempunyai kenderaan patutlah mampu tinggal di luar kampus dan sewa rumah sendiri. Cik M saya sarankan soalan ini ditujukan kepada anda sendiri dan semua pekerja universiti yang tinggal di dalam kolej kediaman dan memiliki kenderaan. Lagipun, pemberian kolej kediaman adalah berasaskan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum seseorang pelajar dan bukannya latar belakang. Pelajar pun tahu, tapi seorang kaunselor universiti tidak tahu.
Soalan Cik M: Kamu tahukah, kamu boleh dibuang universiti atas perkara ini?
Pendapat saya: Inilah bahagian yang paling lucu. DIBUANG UNIVERSITI KERANA MELETAKKAN KENDERAAN DI RUANG ORANG LAIN !!!! Cuba bayangkan anda membaca tajuk berita ini di akhbar. Cik M patut pergi ujibakat Raja Lawak Astro di 1Borneo pada Ahad hari itu. Nak ugut atau gertak pun biarlah berasas. Ini ugut jadi macam lawak pula. Sedarlah sikit, kamu ini kaunselor bukannya Canselor.
Kalaulah semua perkara ingin diikuti prosedur dan peraturannya tanpa budi bicara, pihak pengurusan sendirilah yang patut diteliti dahulu. Saya pernah nampak FELO tertentu yang menghisap rokok di kawasan universiti, menunggang motorsikal di kawasan universiti tanpa memakai topi keledar dan makan dan minum di pejabat kerja. Tapi apakah tindakan pihak universiti terhadap mereka? Di kejadian ini, bukannya soal salah siapa atau salah apa yang menjadi isu. Isu keselamatan seseorang pelajar universiti yang menjadi tanda tanya. Adakah kegagalan pihak pengurusan menyediakan tempat meletak kenderaan patut dirisikokan terhadap keselamatan seorang pelajar gadis? Tak payahlah semua kempen-kempen keselamatan dianjurkan kalaulah pihak universiti sendiri tidak meletakkan isu keselamatan sebagai keutamaan.
Sebagai satu komuniti universiti yang terdiri daripada pelbagai agama, kita haruslah saling memahami. Cik M patut tahu, yang pada Ahad pagi, masyarakat Kristian akan pergi ke gereja. Kalau anda memang ikhlas hendak memberi nasihat dan teguran janganlah sampai menyusahkan seorang pelajar daripada menjalankan tanggungjawabnya terhadap agamanya. Sebarang sesi teguran dan nasihat bolehlah dilakukan selepas itu. Dimanakah konsep 1Malaysia yang sering dilaungkan pihak universiti? Bagaimanakah konsep 1Malaysia dapat dicapai kalaulah tiada persefahaman di dalam universiti?
Sebagai seorang kaunselor, anda sendiri juga pernah menjadi seorang pelajar universiti. Anda seharusnya lebih memahami dan berfikir daripada perspektif pelajar. Hanya kerana anda pernah menghadapi kesusahan, tak bermakna generasi akan datang perlu mengalaminya juga. Jelas daripada kejadian di atas FELO ini hanya ingin menyusahkan pelajar. Anda telah diberi tempat meletak kenderaan sendiri tetapi masih ingin menyusahkan orang. Nak menegakkan keadilan kononnya. Kuasa itu diberi untuk menjaga kebajikan orang ramai dan bukannya untuk membuli. Tolong ingat, kebajikan kami pelajarlah yang menjadi ukuran pencapaian anda.
Kepada kawan saya, janganlah bimbang atas perkara ini. Kalaulah anda dibuang kolej kediaman atau dibuang universiti atas perkara ini, jelas menunjukkan Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti yang be-krompomi dengan penyalahgunaan kuasa. Biarlah orang ramai yang menyaksikan bagaimana universiti yang dilaungkan oleh kerajaan sebagai tempat pembangunan modal insan ini melayan pelajarnya.
5 comments:
Indeed, a portrayal of utmost stupidity in these proliferating self-acclaimed superiority.
wow.......bro.....i just noticed u put this out...haha....well, it was funny though :)
wow. lol. is it someone name Cik Masnaneh, the counsellor?
She is indeed a retard person. I had a story about her
i remember this story.haha, man, u have EXCELLENT BM. ;)
oh no... educated person should not speak like that (referring to both Cik M and your friend). Hopefully everyone still has their integrity and remain humble and down to earth. Ray, I found you are totally a different person when you r writing. Full of 'fire'.. ouchh! ;)
Post a Comment