Tuesday, February 15, 2011

Cukup sudah........

Sampai sini sahaja perjuanganku,
Cukup sudah laungan suara hatiku,
Tiada ertinya untuk aku terus berdegil dalam pergelutan maya ini,
Yang perlu difahamkan, telah pun dijelaskan,
Yang perlu ditujukan, telah pun dikhabarkan,
Apa lagi yang perlu dibuktikan lagi?
Tahap kecerdikan bukan lagi penghalang pengetahuan,
Tetapi kedegilanmu-lah yang menutup mindamu,
Namun segalanya tidak akan lagi menjadi duri di dalam dagingku,
Kerana aku telah menyedari kebenaran yang sebenarnya,
Iaitu kebenaran Tuhan.

Di situ kamu mengakui keagungan Tuhan Maha pencipta dunia,
Di sini kamu menjerit menuntut hak milik kamu ke atas tanah ini,
Adakah tanah ini bukan sebahagian daripada dunia yang dicipta Tuhan?
Di situ kamu menuntut ilmu bahawa manusia adalah sama di mata Tuhan,
Di sini kamu mengangkat tinggi seseorang, dan memijak rendah seseorang,
Adakah tinggi dan rendah itu pengertian sama di mata Tuhan?
Di manakah kebenaran di sebalik pengetahuan sucimu?
Diberinya mata untuk melihat,
Diberinya telinga untuk mendengar,
Diberinya minda untuk berfikir,
Namun,
Dibutakan pula matanya,
Dipekakan pula telinganya,
Dibantutkan pula mindanya.

Hanya satu identiti kita,
Iaitu manusia.
Hanya satu kebenaran kita,
Iaitu makluk ciptaan Tuhan.
Dan hanyalah satu kelebihan kita,
Iaitu dicintai Tuhan.
Kepentingan bukan lagi berasaskan
kepada siapa yang lahir di sini dan siapa yang datang ke sini.
Kepentingan itu seharusnya ditujukan
kepada siapa yang terabai dan siapa yang serba kekurangan.
Mengapa kamu masih sibuk menuntut kebenaran daripada manusia,
sedangkan kebenaran itu hanyalah datang daripada Tuhan?
Tidak akan lagi aku peduli akan segala tindak-tandukmu.
Tidak akan lagi aku memaki terhadap segala kesalahanmu.
Fokusku hanya padamu Tuhan.

Terima Kasih, Tuhan Yesus kerana membuka mindaku.
Di kala aku menghadapi kesukaran,
anda mengingatkan aku kesukaran manusia lain.
Di kala aku sedih akan kejadian yang meimpa terhadapku,
anda mengingatkan aku kesedihan yang turut menimpa terhadap manusia lain.
Di kala aku kecewa dengan kekurangku,
anda mengingatkan aku kekekurangan yang dihadapi manusia lain.
Ingatan anda bukan untuk aku membuat perbandingan, tetapi
untuk aku mencari hikmah di sebalik kesukaran,
untuk aku belajar menerima kejadian hidup,
untuk aku sedar akan kelebihanku.
Yang terindah,
Di kala aku melakukan kesalahan di matamu,
anda tetap memaafkan aku dan menerima aku semula.
Andalah Tuhan ku.
Amen

1 comments:

eddie said...

satu kenyataan yang amat bagus. ini telah membuktikan bahawa kita sebagai rakyat malaysia yang berbangsa cina mampu untuk mengeluarkan kata kata yang begitu memberangsangkan bahkan penggunaan bahasa melayu yang begitu meluas dan hebat,., syabas diucapkan saudara raymond chow.
semoga anda mendapat berkat daripada NYA,... sungguh bagus penulisan mu itu. :)